Semua gambar yang dipublish dlm blog ini adalah hasil karya ms.Love sendiri. So, kalau ada sapa2 nak guna, please at least credit dis blog..Walaupun tak cun mana, ia tetap hak ms.Love.. TQ..

Friday 11 November 2011

Jangan buat kalau dia marah..

Hidup berpasangan ni kadang kala tak la indah tiap masa. Mesti ada juga benda-benda yang akan membuatkan hati pasangan 'tercutting' kan. Tak kiralah baik lelaki atau perempuan. Kadang-kadang benda yang kita rasa remeh pun akan jadi isu yang besar mengalahkan isu-isu politik dunia kalau tidak kena dengan cara. Bergurau salah, serius salah hinggakan kita berbisik sendiri, "Jadi, apalah maunya?" Hah.. Kat sini Love nak kongsikan sedikit perkara-perkara yang si Jejaka Tampan perlu elak daripada lakukan apabila si Cantik Manis sedang marah.


  1. Kalau si manis mengadu dengan si tampan tentang ketidakpuasan hatinya pada seseorang atau sesuatu benda, jejaka jangan sesekali cuba menyebelahi orang atau benda yang menjadi punca ketidakpuasan hati itu. Tindakan sebegitu seolah-olah melemparnya ke dalam api yang marak hingga membakar hatinya. Kalau tak setuju pun, tunggu hingga si manis habis meluahkan ketidakpuasan hatinya 2 dulu, lepas tu nasihatkan dengan baik.
  2. Jangan sesekali ketika si anggun sedang marah tiba-tiba si kacak pergi tanpa meninggalkan kata. Kalau masing-masing tengah 'membara' sekalipun cuba sedaya-upaya untuk tidak meninggalkan sidia begitu sahaja kerana dia akan beranggapan anda pengecut dan cuba lari dari masalah. Mungkin ada yang berbuat demikian untuk mengelakkan kejadian 'sampai tangan' berlaku. Tapi percayalah, bila anda kembali semula, pasti akan ada hal lain yang akan mencetuskan semula perang 2.
  3. Tolong jangan buat muka bodoh ja semasa berhadapan dengan kemarahan si dia kerana dia akan fikir anda memperlekehkan dan tidak mengambil kira kata-katanya. Itu cuma akan meruap-ruapkan lagi kemarahannya.
  4. Ada sesetengah jejaka yang akan membiarkan si jelita marah sendiri tanpa cuba memujuk atau menenangkannya dengan alasan marah 2 akan reda sendiri. Memang betul akan reda, tapi ambil masa untuk memupuskan rasa sakit hati si dia. Ini yang akan menyebabkan ketidakpuasan hati bertambah-tambah dan akan terjadilah adegan ungkit-mengungkit pula pada masa yang akan datang.
  5. Kadang-kadang si hero menganggap si heroinnya asyik nak mengada-ngada saja bila marah, tapi cuba dengar dan ambil tahu punca kemarahan 2. Mungkin lebih senang selesaikan masalah dengan cepat berbanding si hero memarahi semula si heroin yang sedang marah. Memang perang.. Nda habis-habis nanti movie. Kan susah.. Hi3..
Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pernyataan-pernyataan di atas. Tapi ini bukan hasil dari pikiran "memandai-mandai" Love sahaja. Situasi mungkin berbeza antara individu. :)
Buat si Tampan, entri ini mungkin agak berat sebelah tetapi tiada niat selain hanya ingin kita renungkan bersama.. ^,^

2 comments: